Iklaneka

Sunday 27 November 2011

Bahase Melake

Gamai yang ngadu terutamanye “oghang yang tak tau lagi” dengan budaye oghang Melake iaitu melibatkan bahase orang Melaka. Mereka kate yang bahasa Melaka ni kasau. Betul ker sampai begitu sekali?
Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas jek. dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besaunya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra.Macam katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasau.
Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.
Bagi kami juga bahasa orang Melaka tak kasau, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasau tetapi ia sebenaunya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasau, laser,
Walauapapun, sekasau-kasau orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang..

ULAU BESAU TEBELENGKAU ATAS PAGAU

Wednesday 23 November 2011

layanz: Calibration Video Measuring Scope (VMS) & Small T...

layanz: Calibration Video Measuring Scope (VMS) & Small T...: Kepada anda semua, Menyediakan perkhidmatan Service dan Calibration untuk Video Measuring Scope (VMS) profile projector dan peralatan tang...

Tuesday 22 November 2011

Calibration Video Measuring Scope (VMS) & Small Tools

Kepada anda semua,

Menyediakan perkhidmatan Service dan Calibration untuk Video Measuring Scope (VMS) profile projector dan peralatan tangan (caliper,mikrometer,height gauge,pin gauge,pull push gauge)
kawasan Johor Bahru sahaja.

Boleh hubungi saya,

Zul
Tel : 0137200700
Email : realzar77@gmail.com