Iklaneka
Saturday, 12 November 2011
Friday, 11 November 2011
Tuesday, 8 November 2011
Kisah Lucu..Anjing+Babi+Buah Gajus
Tahukah anda kenapa babi jalan tunduk, buah gajus bijinye di luar, Ikuti kisah lucu ini..
Ade sekumpulan haiwan di dalam hutan sedang rancak beborak...Sang babi ni menegur la sang anjing ni..Ei anjing kenapa ko biadab sangat ni..duduk tak sopan langsung...tak malu ke kau ni menunjukkan anu kau khalayak binatang ni..(sememangnye kalo anjing duduk memang menunjukkan anu nye..)
Si anjing naik berang dengan teguran sang babi ni..Ei babi memang dasar babi ko he..suka hati aku la..haiwan yang lain turut gelak sakan guling2..Sang anjing makin naik angin..mau di terajangnye babi ni..apa lagi dengan pantas si babi ni lariiiii...aksi kejar-mengejar berlaku..maki memaki kedengaran dari mulut anjing..babi babi........babi semakin pantas berlari (sememangnye babi akan lari terus dan takde belok2)..babi tidak perasan yang sebatang pokok gajus menanti di depannye..buah gajus ni sedang asik tidur di ulik mimpi...tiba2 gedegang...... buah gajus ni terperanjat dengan tak semena2 buah pinggang terkeluar dari isi perutnye..jerit kuat la gajus ni kesakitan...manakala sang babi pula...adoi....hidung aku..da kemek melepek..da tak mancung lagi..gara2 terlanggar pokok gajus tadi..ahhahaahahhaha anjing gelak besar..ha padan muka kau babi..tu la balasan nye....
Dari cerita ni dan sehingga kini yang kita ketahui..memang anjing duduk akan menampakan anunye, babi akan jalan menunduk kerana malu dengan hidungnye..dan buah gajus bijinye di luar..dan sekarangkan pun kalo tokey babi nak memburu mesti membawa anjing....juga kalo anda dikejar babi..lari belok2....

Tahukan anda bahawa..
Tahukah anda bahawa minuman dari teh herba adalah bersifat alkali dan sangat baik untuk badan. Teh herba boleh diperolehi dari daun pegaga, daun misai kucing, daun mas cotek, daun selom, daun pecah beling dan banyak lagi. Daun-daun herba ini dikeringkan, dikisar dan dimasukkan ke dalam uncang.
Gunakan air panas dan rendam uncang herba selama 10 minit. Minuman teh herba tidak mengandungi kafein, tidak menyebabkan kembung perut bahkan membantu meningkatkan tahap ph kealkalian badan anda.
Amalkan meminum teh herba selepas makan lebih-lebih lagi jika anda baru mengambil makanan yang berasid seperti nasi, lauk daging, lauk ayam, makanan laut, makanan bergoreng seperti pisang goreng atau kentang goreng.
Monday, 7 November 2011
Petua - Mabuk Laut
( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
- Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
- Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
- Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
- OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
- Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
- Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
- Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
- Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
- Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
-Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-
► ANDA SUKA MAKAN DI LUAR?
-Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Subscribe to:
Posts (Atom)