Terdapat banyak pendapat mengenai asal usul bahasa Melayu. Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada
Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di
Kepulauan Melayu.
Bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah
Untuk rencana lanjutan, lihat Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah Menurut beberapa
ahli bahasa dan
sejarah, Melayu Moden berasal daripada
bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada
bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada
bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada
bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada
dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu
Untuk rencana asal, lihat Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.
Perkembangan Bahasa Melayu
Kedatangan agama
Hindu,
Islam dan penjajah
Eropah ke
Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh
Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan
bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.
Penulisan Bahasa Melayu Kini
Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari
India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
Pengaruh daripada bahasa asing
Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.
Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara
abad ke-7 dan
abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh
kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai:
- di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- di Talang Tuwo, Palembang (684 M)
- di Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
- di Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).
Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
| Bahasa Sanskrit | Bahasa Melayu |
| dosa | dosa |
| dukkha | duka |
| deva | dewa |
| rupa | rupa |
| samsara | sengsara |
Pengaruh Bahasa Jawa
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
- Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
- Pengaruh melalui interaksi sosial.
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai
wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh
nusantara sehingga di Kemboja.
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar
Melaka pada zaman itu, iaitu
Kampung Jawa dan
Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal
abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di
negeri-negeri Selat dan juga negeri
Selangor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
| Perkataan | Maksudnya |
| Andong | Kereta kuda(sewaan) |
| Batok | tempurung |
| berangasan | mudah naik marah |
| wedana | ketua daerah |
| adipati | raja |
Pengaruh Arab
Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
| Bahasa Arab | Bahasa Melayu |
| Abi | Abah |
| Kursiyun | Kerusi |
| Shukran | Shukur |
| Jadual | Jadual |
| Sahsiah | Sahsiah |
Pengaruh Portugis
Beberapa contoh perkataan
Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah:
| Bahasa Portugis | Bahasa Melayu |
| Armario | Almari |
| Garfo | Garpu |
| Igreja | Gereja |
| Limao | Limau |
| Toalha | Tuala |
| Janela | Jendela |
Pengaruh Inggeris
Pengaruh
bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah
konotasi (
connoctation),
kompromi (
compromise) dan
siri (
series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di
Malaysia seperti pada akhbar
Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia,
Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata. Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi tetapi secara amnya tidak digunakan.
| Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu |
| Time | Tem |
| Game | Gem |
| Torchlight | Torclait |
| Family | Famili |
| Tank | Teng |
| Information | Informasi |
Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar
2003) stesen televisyen milik kerajaan
Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris
Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa
-tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu
main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "
Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan
Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun
2006 tema ini ditukarkan ke
Saluran Inforia.