Iklaneka

Tuesday, 22 November 2011

TV PLASMA, LCD & LED


TV PLASMA......
Screen buat dari kaca.
Berat sket tapi selamat.
Kalau ada budak kecik, kena baling dengan mainan pun possibility utk pecah tu kurang.
Harga murah sket dari LCD.
- Burn in,masalah ni kalau bila tv kita mainkan imej statik terlalu lama,contohnya logo tv kat atas skrin tu bila terlalu lama sampai ada bekas kat situ.
- Life span, ada jangka masa sebelum plasma tv korang jadi kurang cerah sehingga 50% dari asal.( Dalam selepas 17 tahun ).
- Skrin silau,terutama kalo korang letak tv ni berhampiran sumber cahaya macam tingkap ke.tapi xjadi hal...sebab tv crt pun sama je camni...
Teknologi TV plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phosphor merah, hijau, dan biru , sehingga mencipta sebuah gambar televisyen. Setiap kumpulanphosphor merah, hijau, dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).




TV LCD......




Screen macam plastik.
Ringan.
Quality gamba sama macam plasma.
Kena teliti betul2 baru nampak perbezaan.
Ada possibility utk dead pix.
harga sekarang dah jadi mampu milik..
kurang silauan lampu atau cahaya...kerana skrin bukan daripada kaca....
risiko skrin pecah adalah sikit....
TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi dan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Tenaga elektrik kemudian dialirkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk meneluskan atau menyekat cahaya bagi membentuk imej. Kristal LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran, seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dicipta oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.  

Tidak seperti TV CRT dan TV plasma, disebabkan tiada phosphor yang menyala, kurang tenaga yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya dalam TV LCD menghasilkan kepanasan yang kurang berbanding TV plasma atau TV tradisional. Juga, kerana sifat teknologi LCD, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.






TV LED.......
Quality gamba cantik
- Terbaru...mahal lagi...32" LED da sama dengan rege 42" LCD
- Gambar kontrast tinggi sangat terang sebab setiap piksel dihasilkan oleh sebiji LED yang ade kaler biru,merah,hijau.kalo brand SHARP terbaru,die tambah kaler kuning.
- Jimat tenaga,sebab pakai LED yang tak banyak guna power.Bila nak wat warna hitam,die takyah nyalakan langsung piksel yang berkaitan.
- Life span panjang,kurang kepanasan dan saiz panel jadi semakin nipis.dan mesra alam sebab pakai mercury free technology.
-warna hitam lebih asli.... 
LED xde sama mcm TV biasa..kualitinya pula, bukan biasa2 aja..tapi luar biasa..LED punya teknologi guna lampu LED utk generate picture pada Skrinnya..bukan 1 lampu LED..tapi banyak giler..
-kalo semasa anda menonton filem @ drama dan pada masa itu, scene cerita itu memaparkan waktu siang ataupon memaparkan pelbagai warna..maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi atau mengeluarkan cahaya pada skrin LED TV.
-sebaliknya, jika pada masa itu, cerita itu mengisahkan tetang waktu malam, atau dalam hutan atau terowong gelap, maka hanya sesetengah lampu LED saja yg beroperasi..dan yg selebihnya tidak beroperasi..kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam..sebab itu, LED TV ini menjimatkan elektrik..lampu LED berfungsi hanya bila ada keperluan.
-jika dalam beratus2 lampu LED itu, ada 3-5 lampu LED yg pecah @ rosak..LED TV masih boleh beroperasi seperti biasa..cuma dari segi pengalaman, kita masih tidak tahu..sejauh mana lampu LED boleh bertahan.

Saturday, 19 November 2011

Sejarah Bahasa Melayu



Terdapat banyak pendapat mengenai asal usul bahasa Melayu. Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah

Untuk rencana lanjutan, lihat Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah Menurut beberapa ahli bahasa dan sejarah, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu

Untuk rencana asal, lihat Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.

Perkembangan Bahasa Melayu


Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

Penulisan Bahasa Melayu Kini

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

Pengaruh daripada bahasa asing


Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.

Pengaruh Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai:
  1. di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  2. di Talang Tuwo, Palembang (684 M)
  3. di Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
  4. di Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).
Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

Bahasa SanskritBahasa Melayu
dosadosa
dukkhaduka
devadewa
ruparupa
samsarasengsara

Pengaruh Bahasa Jawa

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
  • Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
  • Pengaruh melalui interaksi sosial.
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
PerkataanMaksudnya
AndongKereta kuda(sewaan)
Batoktempurung
berangasanmudah naik marah
wedanaketua daerah
adipatiraja

Pengaruh Arab

Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
Bahasa ArabBahasa Melayu
AbiAbah
KursiyunKerusi
ShukranShukur
JadualJadual
SahsiahSahsiah

Pengaruh Portugis

Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah:
Bahasa PortugisBahasa Melayu
ArmarioAlmari
GarfoGarpu
IgrejaGereja
LimaoLimau
ToalhaTuala
JanelaJendela

Pengaruh Inggeris

Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media pencetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata. Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi tetapi secara amnya tidak digunakan.


Bahasa InggerisBahasa Melayu
TimeTem
GameGem
TorchlightTorclait
FamilyFamili
TankTeng
InformationInformasi
Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003) stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia.

Thursday, 17 November 2011

Tips-tips Kehidupan Harian - Dr Fadzilah Kamsah

Sebelum tidur, maafkan semua
orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,Allah
lipat
gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa
yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan
generatekan
all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards
it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut
Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar
pemakanan,vit. C dari buah2an yg dimakan selepas
breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah
approaching 0%.Jangan minum air semasa sedang makan
(breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30
minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama
sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru
telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb
air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm
pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air
tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sblm
maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan
saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg
tgh study (or
anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb
ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan
at 8:30pm,
around 10:30pm baru start study and most probably
hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam
saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding
kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around
this
hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg
mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~
boleh elak drpd dapat batu
karang Semasa buang air
besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila
mengiring ke kiri, perut akan
tekan bladder and senang
buang air besar
Tatacara didik anak
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius,
ajar anak
(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg
terletak sblh kiri)akan lebih”lapang”/”lega”
dan mudah
berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan
develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya
active
or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna
orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara
actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal),
sentiasa bersemangat waja & exuberant.
Tatacara
didik diri sendiri
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+
plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw)
bersabda, sst
amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously,
akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu
akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve
~emosi2 ini akan membenarkan otak release
excessive
adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa
kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat
nampak
tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc
Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini
lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada
semalam
“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi
apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar
kita”
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.
Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,
terlalu!
So, it’s good if we can remind each other because in
Rasulullah’s last sermon, baginda pun did
mention that
all those who listen to him (on that day) shall pass
on his words to others, and those to others
again; and
may the last ones understand his words better that
those who listen to him directly…Yang baik
datang
dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do
impart this knowledge & you’ll lose nothing.
Wallahualam………….

Rahsia Bulan Kelahiran Anda - Dr. Fadilah Kamsah

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.    
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
 
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
 
APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & degil.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros.
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Orang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik.
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Orang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik
  •   

Sholat atau sembahyang

Beza Solat dan Sembahyang
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada
menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.”
Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai
maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya,
membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang
di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang
merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan
sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah
datangke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM),
iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah
“Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama
Hyang.”
Orang Buddha pergi ke
Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan
Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan
istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana
memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.
Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga
diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya
kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama
Hyang.”
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan
anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!.
pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!.
Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa
hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting.
Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama
dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
Sumber : Email Warga omaQ.org